Thursday, July 23, 2009

wah

salam

pejam celik pejam celik
sudah 17 tahun aku di dunia
syukurlah
aku masih hirup udara hingga kini
alhamdulillah




Sunday, July 5, 2009

Terima Kaseh

salam

kelmarin,
hari sabtu
hari Konferensi Ibu Bapa dan Guru
perjumpaan PIBG sebelum nak masok SPM

pukul 6.15 bangun pagi
pegang kepala(oh damn mann..demam)
terpaksa pergi
sebab wajib

angkat dari tempat tidur
aduh,sakit pinggang pula
after itu
mandi
pakai uniform pengawas(bilala mok resign)

siap-siap
tengok garaj,kereta mak dekat depan sekali
paksalah aku yang alih kereta kat belakang
time alih
ada suara dari tingkap jamban
'abg: kedak orang mok pegi ofis ko"(cibet ko mi)
tu lah pasal
siap pakai blazer,necktie,sikat belah tepi
complete smua

bertolak ke sekolah
pastu sampai
jumpa la cikgu bm
bagi komen
baek punyer

lepas tu jumpa cikgu tingkatan,mate,lk physics,chem
komen semua bagus
alhamdulillah
jumpa cikgu addmath
aku dah agak dah
memang dia akan cakap dengan bapak aku
yang aku ni ditangkap menolong kawan membuat kuiz addmath
padahal,dia suruh aku minta ajar
tetapi tak paham
alih-alih
'geng,aku jak molah kuiz kau ya'
overall
semua cikgu cakap teruskan usaha,jaga kesihatan

then
jumpa ayahanda merangkap cikgu mekanikal kami
bagi komen selamba
dia cakap bulan puasa nanti
ada kelas tambahan
dugaan-dugaan
perjumpaan tamat

time balik
badan aku rasa nak shutdown
pergi klinik (cantikla nurse..)
bagi ubat

tiba-tiba
shamsul sms
pukul 12 ada tuisyen(ingat pukol 3.30)
makan ubat
ada rasa sihat sikit
pergi tuisyen
belajar belajar belajar


p/s:terima kasehla cikgu kerana sudi memberik komen bagus dengan bapak ku







Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

salam,

aku tahu kau selalu mencuba untuk memuaskan
hati kami berlima
dengan segala
kasih sayang,tempat tinggal,sekolah,wang ringgit

ya,
kadang-kadang aku suka sangat mengecilkan hatimu
padahal aku tidak berniat berbuat begitu
mungkin rasa-rasa memberontak ada dalam darah remaja

apa yang kudoakan kelak
agar umurmu makin panjang
Tuhan limpahkan rezeki yang murah
rupa wajah awet muda
bukan ilmu guna-guna

terima kasih Tuhan
kerana izinkan aku merasa kasih sayang
seorang insan bergelar ayah



Saturday, June 13, 2009

Haiihh



cuti pertengahan tahun tinggal satu hari saja lagi
tiap saat ternanti-nanti
pagi petang tercari-cari
tiap malam termimpi-mimpi(macam kenal jak ayat tok)
spm,spm

jadual pun sudah keluar
18hb 11 dah start
16hb 12 baru tamat
sikit jak lagik masa ya

cakap pasal spm kawan-kawan lain pasti dah muak dengar
dahlah teknikal lambat tamat

tahun depan mak cakap
dapat keputusan sambung belajar terus
tiada cuti-cuti(
ingat nak simpan rambut sampai pusat)

tapi tidak apa,
sebelum keputusan spm kelak
gitar,kerja,lesen kereta
mesti dalam tangan
insyaAllah

plus,
aku dah pandai sikit-sikit main goreng lagu yang aku suka
terima kasih kerana meng-upload video ini








Thursday, June 4, 2009

shhh

spm makin dekat

jangan banyak cakap

Friday, May 15, 2009

Ini aku nak cerita



salam,

aku kasihan tengok gambar di atas

kalau korang nak tahu
gambar di atas merupakan
seorang bintang kecil filem 'Slumdog Millionare'

nak tahu ceritanya?
begini,
Azharuddin Ismail,9 tahun
memegang watak Salim dalam cerita 'Slumdog Millionare'
telah kehilangan tempat berteduh

tempat tinggalnya diroboh oleh pihak bandar raya
atas sebab membina rumah haram di longkang
alasannya longkang tersebut perlu dibersihkan sebelum
ketibaan 'monsoon'

apa yang menjadi tanda tanya
di mana kesedaran mereka yang telah mengambilnya berlakon
filem pun dapat sambutan
menang Grammy Award lagi

takkan royalti untuk budak ini tiada
sekurang-kurangnya
binalah satu rumah yang bagus untuknya

aku benci melihat orang yang
sengaja mengambil kesempatan terhadap orang lain
itulah
zaman sekarang
orang kaya makin kaya
orang miskin makin miskin


p/s:aku taip post ini,orang ingat aku tak kasihankan orang kita
tapi pada pendapat aku orang luar juga sama seperti kita tiada bezanya



Sunday, May 10, 2009

miaow miaow miaow...



bukan apa,
nak termiaow2

saja nak ucapkan
"Selamat Hari Ibu"

kepada mak yang tersayang dirumah
dan ibu2 jiran sebelah,saudara,kawan2 dan juga seluruh dunia